Wednesday 24 July 2013

RESEPI POPIA NESTUM kuih mudah untuk SYAWAL... nak mkn hari-hari pun boleh


Assalamulaikum.... sangat lama faiz x update blog.... kehidupan selepas berumahtangga sangat berbeza.... berubah 360 darjah.... mesti terkejutkan.. lama x update.. tetiba kuarkan resepi... haha... nie resepi yang faiz olah sendiri.... jika anda-anda semua diluar sana ingin mencuba silakan.... resepi nie mudah sgt.... dan sedap.... jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan...

BAHAN-BAHAN
1. Kulit Popia (faiz selalu guna brand KAWAN sbb bila dah siap goreng... sgt rangup ok...)
2. 1 sudu besar Tepung Gandum
3. 1 cawan air
4. Minyak secukupnyer untuk menggoreng
5. **500 gram susu tepung (faiz pakai susu Dutch Lady Full Cream)
6. **275 gram nestum (faiz pakai nestum brand nestle... pek sedang... mmg 275gram)
7. **250 gram gula castor

Cara-cara
1. Blend bahan-bahan bertanda **... (faiz blend ckit2... lepas 2 gaulkan hingga sebati). cukup untuk jadi 3kg popia nestum
2. Masakkan tepung gandum dan air, sehingga jadi gam
3. Gulung kulit popia, (jangan gulung ketat sangat, cukup dia terbentuk silinder dan kemas) dan gam menggunakan gam tepung gandum tadi **step nie mmg perlukan kesabaran... sbb banyak helai kan.. hihihi
4. Gunting ikut kehendak anda (faiz suka gunting serong)
5. Goreng sehingga kulit popia kuning keemasan
6. Toskan lebihan minyak, biarkan sehingga suam
7. Gaulkan dengan serbuk (faiz masukkn dlm tupperware, dan goncang... hehe)
8. Siap, biarkan sejuk sebentar dan simpan didalam bekas kedap udara


Done 1 kuih raya..... hehe....

nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......

Photobucket

THE BEGUN : KISAH CINTA KAMI
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
FIRST STEP : LANGKAH PERTAMA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
SECOND STEP : MENUJU BAHAGIA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Template by:

Free Blog Templates