Thursday 5 December 2013

Resepi Kacang Phool, FAIZ / Resepi Kari Ayam Pekat,FAIZ / Muffin Pisang Tanpa Telur dengan Badam Cincang dan Cokolat Cip,FAIZ

Assalamualaikum.... Alhamdulillah... minggu nie cuba realisasikan ape yg hubby nak mkn... bermula dengan Kacang Phool yang x berapa nak jadi.... (akibat salah beli kacang.. hehehehe).... diikuti dengan Kari Ayam Pekat untuk dimakan dengan Roti Canai Segera.... sehingga menjilat jari... :)
dan penutup dengan pencuci mulut Eggless Banana Muffin with chop Almond and Chocolate chip.... (yang nie dapat pisang dari opis.. hehehehehe.. syg dah masak sgt dah pisang 2.... leh bawak g ofis sama)

Ok... here come the resepi.... sorry la.. Gambar non ado... nanti update kemudian... :)



Resepi Kacang Phool FAIZ

Bahan-bahan untuk 4org mkn
1 tin kacang phool/medames foul (nie yg salah... terguna Black Eye Bean.. hehehe)** ditumbuk kasar
1 tin kecil kacang panggang (faiz tambah gara-gara dah salah kacang)
2 sudu besar minyak sayuran
1 sudu besar minyak sapi (faiz tambah)
1 bungkus kecil rempah kari daging babas ( 2 sudu besar )**dicampur dengan 1 sudu besar air untuk dijadikan pes
200 gram dagig kisar **digoreng tanpa minyak sehingga kering
Garam
Serbuk Perasa (ajinomoto ke... tapi faiz x guna.. letak secubit GULA sahaja bagi menggantikannya)

Bahan-bahan untuk dikisar
1 sudu kecil jintan halus **disangan dan dikisar halus
1 sudu kecil jintan kasar **disangan dan dikisar halus
1 sudu kecil ketumbar **disangan dan dikisar halus (faiz tambah)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (faiz tambah)
15 tangkai cili kering **direbus dan dikisar

Bahan Hiasan
4 biji telur **goreng mata kerbau satengah masak
1 biji bawang besar **potong dadu
1 biji lada hijau
4 biji limau kasturi

Cara Masak
1. Panaskan minyak sayuran dan minyak sapi, tumis Bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan pes rempah kari, dan masak sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang yang telah ditumbuk, baked bean, dan daging yang telah digoreng tadi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Tambahkan air, jangan terlalu cair.. nanti x sedap.... masak hingga mendidih.
6. Sedia untuk dihidang.

Cara Menghidang.
1. Sedukkan Kacang Phool kedalam pinggan. Letakkan sebiji telur, taburkan bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan letakkan limau kasturi ditepi. Sedia dimakan dengan roti Perancis/roti Hailam/roti Potong yang telah dibakar dengan sedikit mentega.


Resepi Kari Ayam Pekat FAIZ
Rujukan  : ucubakery.blogspot.com
1/2 ekor ayam **dipotong dan dibersihkan (faiz guna kaki2 ayam, leher2 ayam dan kepak2 ayam sahaja dari 4 ekor ayam )
4 biji bawang kecil dihiris
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 pelepah daun kari
1 kotak santan (faiz guna santan pekat rm2 **separuh dijadikan santan cair dengan ditambah 1 liter air) jika guna 1 kotak santan.. separuh campurkan dengan air jugak
4 sudu besar kari - adabi **2 bungkus kecil
2 sudu besar kari - babas **1 bungkus kecil
*******rempah kari dijadikan pes
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa (faiz x guna.. sbb dah ganti dengan gula)
minyak untuk menumis
*******faiz tambah
3 keping asam keping
1 biji tomato dipotong dadu
3 biji kentang dipotong dadu
2 biji lada merah dipotong bunga

Cara Memasak
1. Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan hirisan (**jgn masukkan halia...)dan goreng sehingga kuning,
2. Masukkan rempah 4 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan hirisan halia, tumis sehingga naik bau, dan masukkan daun kari. Tumis sehingga daun kari layu.
3. Masukkan pes rempah kari dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4.Masukkan ayam, tomato, kentang, lada dan asam keping. kacau sebati sehingga ayam sedikit masak.
5. Masukkan santan cair, garam dan gula... biarkan renih sehingga kuah kari memekat.
6. Masukkan santan pekat, masak sehingga mendidih dan tutup api. sentiasa kacau supaya santan tidak pecah jika menggunakan santan fresh.

**lebih sedap jika simpan semalaman.... baru pekat likat melekat....  :)



Eggless Banana Muffin with Chop Almond and Chocolate Chip,FAIZ
Muffin Pisang Tanpa Telur dengan Badam Cincang dan Cokolat Cip,FAIZ
Rujukan : www.rakskitchen.net

6 biji pisang terlampau masak
2 1/4 cawan tepung gandum 
1/2 cawan badam cincang
1/4 cawan cokolat cip
1 cawan gula
3/4 cawan butter dicairkan (faiz xnak guna minyak hehehehe)
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla

**sedikit badam cincang untuk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven 190oC
2. Kupas pisang dan masukkan dalam mangkuk bersama gula, vanilla dan butter, ramas sehingga jadi pes dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan baking soda dengan menggunakan whisk.
4. Satukan badam cincang dan cokolat cip dengan 1 sudu tepung. **tip x nak bahan2 tenggelam kebawah semasa bakar.
5. Buat lubang ditengah-tengah bahan kering, tuang bahan basah dan satukan dengan perlahan-lahan, pastikan jangan pukul terlalu lama. Masukkan badam cincang dan cokolat cip.
6. Masukkan dalam muffin cup, isi 3/4 daripadanya. jagan terlalu penuh. Taburkan dengan badam cincang.
7. Bakar dalam oven pada rak paling bawah dengan api atas bawah selama 15 minit dan tukarkan kepada rak tengah untuk 15 minit. Muffin dah masak jika pencungkil gigi yang dicucuk keluar dengan bersih dan muffin kuning keemasan. Muffin faiz dah masak pada minit ke 28.
8. Muffin nie sgt moist dan lembut walaupun x guna telur... :)
9. Akan dapat 20 biji Muffin size M


ok done all resepi... boleh la rakan2 cuba... resepi dlm nie semua derhaka.. jika nak resepi asal leh klik link rujukan..... :)


tengah berkira-kira nak cuba louros-chocolate-entremet... hubby dah cabar dah... :)


nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......
Photobucket

Monday 25 November 2013

MEE REBUS RESEPI ARWAH NYAI

Assalamualaikum rakan2 blog... kali ni faiz update bagi resepi ja.. hehehe... acctualy masak2 ntuk opis hari jumaat yang lepas... syok mkn ramai2... ok la... xdan nak celoteh panjang2... jom tengok resepi.. selamat mencuba..




Mee Rebus resepi Arwah Nyai

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 Kg. Mee Kuning.
  •  1 kg udang kapas.
  • 1/2 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
  • 1 ketul gula Melaka (faiz tambah)
  • 200 gm taugeh.
  • 1/2 cawan santan.(faiz tambah)
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis.
  • 5 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah.
  • 3 liter air
  • 2 sudu besar rempah kari daging.(faiz tambah) (jadikan pes dengan 1 sudu besar air)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa.
Bahan-Bahan untuk Hiasan:
  • 5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
  • 6 biji cili hijau dhiris.
  • 5 biji cili merah dihiris.
  • 10 biji limau kasturi dibelah dua.
  • 6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
  • 3 cawan bawang goreng.
  • 1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
  • Sekilo udang yang telah digoreng
Bahan-Bahan Perencah kisar Untuk Kuah:
  • 3 batang serai dititik.
  • 15 biji bawang merah (kecil).**kisar
  • 6 biji ulas bawang putih.**kisar
  • 4 inci lengkuas dititik
  • 2 inci halia **kisar
  • 15 tangkai cili kering direbus. **kisar (faiz tambah)
  • 2 cawan udang kering **kisar
  • 1 cawan taucu ditumbuk
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • Sedikit asam keping
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bersihkan udang asingkan kulit dan isi, goreng isi udang beserta sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak dan ketepikan(untuk dijadikan bahan tabur). Goreng kulit udang beserta sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga menjadi merah dan garing. Kemudian rebus kulit udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukan.  Kisar kulit udang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.
  2. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik serta tauchu yang telah ditumbuk dan pes rempah kari. Tumis lagi sehingga naik bau dan masukkan asam keping.  
  4. Masukkan keledek lenyek
  5. Masukkan air rebusan kulit udang tadi beserta gula Melaka yang telah diracik halus. Biar kuah mendidih.Masukkan santan
  6. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalag. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kuah anda telah siap.
  8. Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan kedalam bekas air untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara asingan. Hidangan mee serta bahan hiasan diatas mee jawa anda.
  9.  Selamat mencuba.



nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......
Photobucket

Wednesday 14 August 2013

Resipi Burasak@Buras serta Ayam Masak Likuk dan Rendang Daging Kurma

Assalamulaikum.... masih dalam mood beraya ke kawan2??? heheheheh... meh faiz nak tempek resipi untuk rujukan masa hadapan....  :)



Burasak nie dapat resepi dari Ibu Mertua.... sedap sgt.. cubalah....


Burasak@Buras

Burasak@Buras
500 gram beras / 4 pot
1 liter santan
secubit garam
daun pisang secukupnya

1. Masak nasi mcm masak nasi lemak
2. Setelah masak, sejukkan dan masukkan dalam daun pisang, lipat mcm lepat lepat pisang.
3. Ikat 3 keping jadikan satu.
4. Rebus selama 4 jam atau lebih

cara ikat burasak



 Ayam Likuk

Ayam Likuk
1 ekor ayam
sedikit asam jawa (5 biji mata)
1 biji kelapa (untuk kerisik dan 1 liter santan pekat)
3 ibu jari halia (2 ibu jari parut kasar) **
3 batang serai (1 batang dititik) **
1 biji bawang besar **
5 biji bawang kecil **
4 ulas bawang putih **
3 ibu jari lengkuas (diparut) **
kerisik 2 genggam kelapa
1 sudu besar serbuk kunyit
2 stok ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa


**blend bahan bertanda

1. Perap ayam dengan sedikit asam jawa, biarkan dengan biji sekali (perap selama 10 minit)
2. tumis bahan blend dan parutan halia serta lengkuas
3. setelah tumisan pecah minyak/ garing, masukkan kerisik dan serai, kacau sebentar dan masukkan ayam.
4. masak sebentar smpai air ayam keluar, masukkan sedikit air, perasakan dengan garam dan gula serta stok ayam,
kacau sebentar, masukkan santan kelapa, masak sehingga kering. :)



dan resepi terakhir adalah dari Nenek sebelah Abah, (feberet Abah... :) )

Daging Rendang Hijau Kurma

daging lembu 2 kg dihiris tipis
1 biji kelapa (untuk kerisik dan 1 liter santan pekat)
rempah kurma 2 peket kecil (1 peket diperapkan pada daging)
ketumbar 3 sudu besar **
jintan  2 sudu besar **
halia  1 ibu jari **
bawang putih 4 ulas **
bwg merah 6 ulas **
serai 3 batang (1 batang titik) **
kunyit ckit 1 jari kelingking **
kerisik 2 genggam kelapa
lada kecik hijau 20 biji **
daun kunyit 2 lembar (hiris tipis)
daun limau purut 1 helai patah dua sahaja
gula merah 2 sudu besar
garam secukup rasa
gula secukup rasa


** blend bahan bertanda

1. perapkan hirisan daging (1 hari lagi elok)
2. buat kerisik
3. tumis bahan yg telah diblend hingga garing, masukkan serai
4. masukkan daging, masak sehingga kering
5. masukkan kerisik dan perasakan
6. masukkan santan kelapa
7. masukkan daun kunyit dan daun limau purut
masak hingga kering. lauk pedas n sedap.. rasa mcm lauk kurma



nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......
Photobucket

Wednesday 24 July 2013

RESEPI POPIA NESTUM kuih mudah untuk SYAWAL... nak mkn hari-hari pun boleh


Assalamulaikum.... sangat lama faiz x update blog.... kehidupan selepas berumahtangga sangat berbeza.... berubah 360 darjah.... mesti terkejutkan.. lama x update.. tetiba kuarkan resepi... haha... nie resepi yang faiz olah sendiri.... jika anda-anda semua diluar sana ingin mencuba silakan.... resepi nie mudah sgt.... dan sedap.... jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan...

BAHAN-BAHAN
1. Kulit Popia (faiz selalu guna brand KAWAN sbb bila dah siap goreng... sgt rangup ok...)
2. 1 sudu besar Tepung Gandum
3. 1 cawan air
4. Minyak secukupnyer untuk menggoreng
5. **500 gram susu tepung (faiz pakai susu Dutch Lady Full Cream)
6. **275 gram nestum (faiz pakai nestum brand nestle... pek sedang... mmg 275gram)
7. **250 gram gula castor

Cara-cara
1. Blend bahan-bahan bertanda **... (faiz blend ckit2... lepas 2 gaulkan hingga sebati). cukup untuk jadi 3kg popia nestum
2. Masakkan tepung gandum dan air, sehingga jadi gam
3. Gulung kulit popia, (jangan gulung ketat sangat, cukup dia terbentuk silinder dan kemas) dan gam menggunakan gam tepung gandum tadi **step nie mmg perlukan kesabaran... sbb banyak helai kan.. hihihi
4. Gunting ikut kehendak anda (faiz suka gunting serong)
5. Goreng sehingga kulit popia kuning keemasan
6. Toskan lebihan minyak, biarkan sehingga suam
7. Gaulkan dengan serbuk (faiz masukkn dlm tupperware, dan goncang... hehe)
8. Siap, biarkan sejuk sebentar dan simpan didalam bekas kedap udara


Done 1 kuih raya..... hehe....

nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......

Photobucket

Monday 31 December 2012

JOM EXCHANGE LINK

PESANAN PENAJA (INI ADALAH STICKY POST, SILA SCROL KEBAWAH UNTUK ENTRY BARU)

Assalamulaikum...... salam pada semua readers dan silent reader...terima kasih sebab singgah blog faiz yang x seberapa nie.....Jika anda dah singgah tinggalkanla jejak anda.....Biar mudah faiz nak link back n follow u all 
Sila tinggalkan link anda kat colum comment dibawah entry nie.... Salam kenalan


Mane-mane comment yang dah approve 2 tandanya faiz dah linkkan dan follow blog u all taw...  :)
Photobucket

THE BEGUN : KISAH CINTA KAMI
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
FIRST STEP : LANGKAH PERTAMA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
SECOND STEP : MENUJU BAHAGIA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Template by:

Free Blog Templates