Thursday 5 December 2013

Resepi Kacang Phool, FAIZ / Resepi Kari Ayam Pekat,FAIZ / Muffin Pisang Tanpa Telur dengan Badam Cincang dan Cokolat Cip,FAIZ

Assalamualaikum.... Alhamdulillah... minggu nie cuba realisasikan ape yg hubby nak mkn... bermula dengan Kacang Phool yang x berapa nak jadi.... (akibat salah beli kacang.. hehehehe).... diikuti dengan Kari Ayam Pekat untuk dimakan dengan Roti Canai Segera.... sehingga menjilat jari... :)
dan penutup dengan pencuci mulut Eggless Banana Muffin with chop Almond and Chocolate chip.... (yang nie dapat pisang dari opis.. hehehehehe.. syg dah masak sgt dah pisang 2.... leh bawak g ofis sama)

Ok... here come the resepi.... sorry la.. Gambar non ado... nanti update kemudian... :)



Resepi Kacang Phool FAIZ

Bahan-bahan untuk 4org mkn
1 tin kacang phool/medames foul (nie yg salah... terguna Black Eye Bean.. hehehe)** ditumbuk kasar
1 tin kecil kacang panggang (faiz tambah gara-gara dah salah kacang)
2 sudu besar minyak sayuran
1 sudu besar minyak sapi (faiz tambah)
1 bungkus kecil rempah kari daging babas ( 2 sudu besar )**dicampur dengan 1 sudu besar air untuk dijadikan pes
200 gram dagig kisar **digoreng tanpa minyak sehingga kering
Garam
Serbuk Perasa (ajinomoto ke... tapi faiz x guna.. letak secubit GULA sahaja bagi menggantikannya)

Bahan-bahan untuk dikisar
1 sudu kecil jintan halus **disangan dan dikisar halus
1 sudu kecil jintan kasar **disangan dan dikisar halus
1 sudu kecil ketumbar **disangan dan dikisar halus (faiz tambah)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (faiz tambah)
15 tangkai cili kering **direbus dan dikisar

Bahan Hiasan
4 biji telur **goreng mata kerbau satengah masak
1 biji bawang besar **potong dadu
1 biji lada hijau
4 biji limau kasturi

Cara Masak
1. Panaskan minyak sayuran dan minyak sapi, tumis Bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan pes rempah kari, dan masak sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang yang telah ditumbuk, baked bean, dan daging yang telah digoreng tadi.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Tambahkan air, jangan terlalu cair.. nanti x sedap.... masak hingga mendidih.
6. Sedia untuk dihidang.

Cara Menghidang.
1. Sedukkan Kacang Phool kedalam pinggan. Letakkan sebiji telur, taburkan bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan letakkan limau kasturi ditepi. Sedia dimakan dengan roti Perancis/roti Hailam/roti Potong yang telah dibakar dengan sedikit mentega.


Resepi Kari Ayam Pekat FAIZ
Rujukan  : ucubakery.blogspot.com
1/2 ekor ayam **dipotong dan dibersihkan (faiz guna kaki2 ayam, leher2 ayam dan kepak2 ayam sahaja dari 4 ekor ayam )
4 biji bawang kecil dihiris
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 pelepah daun kari
1 kotak santan (faiz guna santan pekat rm2 **separuh dijadikan santan cair dengan ditambah 1 liter air) jika guna 1 kotak santan.. separuh campurkan dengan air jugak
4 sudu besar kari - adabi **2 bungkus kecil
2 sudu besar kari - babas **1 bungkus kecil
*******rempah kari dijadikan pes
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa (faiz x guna.. sbb dah ganti dengan gula)
minyak untuk menumis
*******faiz tambah
3 keping asam keping
1 biji tomato dipotong dadu
3 biji kentang dipotong dadu
2 biji lada merah dipotong bunga

Cara Memasak
1. Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan hirisan (**jgn masukkan halia...)dan goreng sehingga kuning,
2. Masukkan rempah 4 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan hirisan halia, tumis sehingga naik bau, dan masukkan daun kari. Tumis sehingga daun kari layu.
3. Masukkan pes rempah kari dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4.Masukkan ayam, tomato, kentang, lada dan asam keping. kacau sebati sehingga ayam sedikit masak.
5. Masukkan santan cair, garam dan gula... biarkan renih sehingga kuah kari memekat.
6. Masukkan santan pekat, masak sehingga mendidih dan tutup api. sentiasa kacau supaya santan tidak pecah jika menggunakan santan fresh.

**lebih sedap jika simpan semalaman.... baru pekat likat melekat....  :)



Eggless Banana Muffin with Chop Almond and Chocolate Chip,FAIZ
Muffin Pisang Tanpa Telur dengan Badam Cincang dan Cokolat Cip,FAIZ
Rujukan : www.rakskitchen.net

6 biji pisang terlampau masak
2 1/4 cawan tepung gandum 
1/2 cawan badam cincang
1/4 cawan cokolat cip
1 cawan gula
3/4 cawan butter dicairkan (faiz xnak guna minyak hehehehe)
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla

**sedikit badam cincang untuk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven 190oC
2. Kupas pisang dan masukkan dalam mangkuk bersama gula, vanilla dan butter, ramas sehingga jadi pes dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan baking soda dengan menggunakan whisk.
4. Satukan badam cincang dan cokolat cip dengan 1 sudu tepung. **tip x nak bahan2 tenggelam kebawah semasa bakar.
5. Buat lubang ditengah-tengah bahan kering, tuang bahan basah dan satukan dengan perlahan-lahan, pastikan jangan pukul terlalu lama. Masukkan badam cincang dan cokolat cip.
6. Masukkan dalam muffin cup, isi 3/4 daripadanya. jagan terlalu penuh. Taburkan dengan badam cincang.
7. Bakar dalam oven pada rak paling bawah dengan api atas bawah selama 15 minit dan tukarkan kepada rak tengah untuk 15 minit. Muffin dah masak jika pencungkil gigi yang dicucuk keluar dengan bersih dan muffin kuning keemasan. Muffin faiz dah masak pada minit ke 28.
8. Muffin nie sgt moist dan lembut walaupun x guna telur... :)
9. Akan dapat 20 biji Muffin size M


ok done all resepi... boleh la rakan2 cuba... resepi dlm nie semua derhaka.. jika nak resepi asal leh klik link rujukan..... :)


tengah berkira-kira nak cuba louros-chocolate-entremet... hubby dah cabar dah... :)


nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......
Photobucket

0 comments:

THE BEGUN : KISAH CINTA KAMI
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
FIRST STEP : LANGKAH PERTAMA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
SECOND STEP : MENUJU BAHAGIA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Template by:

Free Blog Templates