Monday 25 November 2013

MEE REBUS RESEPI ARWAH NYAI

Assalamualaikum rakan2 blog... kali ni faiz update bagi resepi ja.. hehehe... acctualy masak2 ntuk opis hari jumaat yang lepas... syok mkn ramai2... ok la... xdan nak celoteh panjang2... jom tengok resepi.. selamat mencuba..




Mee Rebus resepi Arwah Nyai

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 Kg. Mee Kuning.
  •  1 kg udang kapas.
  • 1/2 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
  • 1 ketul gula Melaka (faiz tambah)
  • 200 gm taugeh.
  • 1/2 cawan santan.(faiz tambah)
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis.
  • 5 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah.
  • 3 liter air
  • 2 sudu besar rempah kari daging.(faiz tambah) (jadikan pes dengan 1 sudu besar air)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa.
Bahan-Bahan untuk Hiasan:
  • 5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
  • 6 biji cili hijau dhiris.
  • 5 biji cili merah dihiris.
  • 10 biji limau kasturi dibelah dua.
  • 6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
  • 3 cawan bawang goreng.
  • 1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
  • Sekilo udang yang telah digoreng
Bahan-Bahan Perencah kisar Untuk Kuah:
  • 3 batang serai dititik.
  • 15 biji bawang merah (kecil).**kisar
  • 6 biji ulas bawang putih.**kisar
  • 4 inci lengkuas dititik
  • 2 inci halia **kisar
  • 15 tangkai cili kering direbus. **kisar (faiz tambah)
  • 2 cawan udang kering **kisar
  • 1 cawan taucu ditumbuk
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • Sedikit asam keping
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bersihkan udang asingkan kulit dan isi, goreng isi udang beserta sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak dan ketepikan(untuk dijadikan bahan tabur). Goreng kulit udang beserta sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga menjadi merah dan garing. Kemudian rebus kulit udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukan.  Kisar kulit udang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.
  2. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik serta tauchu yang telah ditumbuk dan pes rempah kari. Tumis lagi sehingga naik bau dan masukkan asam keping.  
  4. Masukkan keledek lenyek
  5. Masukkan air rebusan kulit udang tadi beserta gula Melaka yang telah diracik halus. Biar kuah mendidih.Masukkan santan
  6. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalag. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kuah anda telah siap.
  8. Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan kedalam bekas air untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara asingan. Hidangan mee serta bahan hiasan diatas mee jawa anda.
  9.  Selamat mencuba.



nota kaki : Ya Allah... permudahkanla segala urusanku didalam menjalankan tanggugjawab sebagai hambaMu......
Photobucket

0 comments:

THE BEGUN : KISAH CINTA KAMI
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
FIRST STEP : LANGKAH PERTAMA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
SECOND STEP : MENUJU BAHAGIA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Template by:

Free Blog Templates