Wednesday 2 November 2011

KLU PILIH IKUT ADAT.......

Salam.... harinie dalam kesibukan dan kebizian kerja sempat google pasal nie...... semua sbb pasal adat la.. huuuuuu

ok meh tengok ape yg faiz jumpa




Agak-agaknya apa aje barangan yang sesuai untuk dibuat hantaran ye? Sekarang ni macam-macam barangan yang dapat dibuat barang hantaran samada untuk pertunangan ataupun perkahwinan. Dari yang murah seperti kain pelekat sampai la ke mahal-mahal seperti handycam la, handphone la..dan sebagainya.Apa-apa pon barang hantaran ni depend la on our budget pulak. Nanti karang dah berhabis dengan barang hantaran persediaan lain pulak ntah ke mana.
Bagi yang sudah mempunyai list barangan yang nak dibuat hantaran tentu sudah tiada masalah lagi, tapi bagi yang masih tertanya-tanya dan pening-pening kepala tu boleh la gunakan post ini sebagai rujukan. :D Saya bahagikan barang hantaran ni kepada 3 bahagian iaitu; Hantaran Mesti Ada, Hantaran Biasa-biasa, Hantaran High-Budget.
Hantaran Mesti Ada ( ikut adat kita orang melayu)

  • untuk sebelah perempuan rasanya tak ada yang wajib bagi pon.
  • untuk sebelah lelaki :
    • mas kahwin
    • cincin/ barang kemas
  • untuk 2-2 belah:
    • sirih junjung/ tepak sirih
Hantaran Biasa-Biasa
  • untuk sebelah perempuan :
    • kain ela (untuk buat baju) / baju kurung @ kebaya siap
    • purse / handbag ( nak dua-dua pon boleh )
    • make up set
    • telekung
  • untuk sebelah lelaki :
    • sampin dan baju melayu
    • songkok dan butang baju melayu
    • wallet & belt set
    • shirt and throuser
    • kain pelekat ( tak pasti kalau sekarang orang bagi lagi as hantaran )
  • untuk 2-2 belah:
    • sejadah
    • al-quran (sekarang ni yang digital pon dah ada)
    • perfume and toileteries
    • jam tangan
    • kek
    • muffin/biskut etc.
    • potpouri
    • kasut/sandal
    • strawberry bersalut coklat ( glamour dulu masa datuk K dengan Siti kahwin..:p )
    • towel
    • bakul buah-buahan
    • manisan i.e : halwa, wajik, coklat, gula-gula
    • buku
    • pulut kuning
Hantaran High-Budget
  • digital camera (nak lagi gempak DSLR )
  • handycam
  • handphone
  • ipod
Untuk hantaran yang high-budget ni memang bergantung pada individu tu la, yang saya letakkan di dalam list tu antara yang saya pernah saya lihat. Rasanya tak salah pon kalau seseorang itu hendak bagi apa pon sebagai barang hantaran. Saya sarankan agar barang yang selain dari makanan tu biarlah sesuatu yang boleh dan akan digunakan selepas berkahwin.

Smua nie copy n paste aje yew...... sumber kat cnie.... copy sbb nak buat revision sendiri... huhuuu

so start perfikir yew faiz....


Photobucket

4 comments:

dalisha said...

perancangan mesti ada... klu beli handycam pun OK gak.. nanti blh rekod gambar anak.. Hu hu hu

FarEast said...

heee heeee.. handycam 2 x mampu la eden.... heeeeeeeeee...... yg 2 klu mampu ntuk nikah jew nanti bagi.. bleh guna bersama.... :)

dhiera zainudin said...

in my case, kami tak ada sirih junjung~ sebab mak2 kate bukn ye orang makan pun. orang dulu2 iye lah~

tp pihak lelaki tetap tepak sirih. kononnya meminang kena bawa tepak sirih~ he

FarEast said...

dhiera : erm tapikan kat tempat faiz sirih junjung 2 dah mcm wajib plak.... huuuuu... ikutkan jew la....

tapi pihak lelaki lak x perlu guna tepak sirih... cukup bawak sirih junjung jugak.. heeee...

THE BEGUN : KISAH CINTA KAMI
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
FIRST STEP : LANGKAH PERTAMA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
SECOND STEP : MENUJU BAHAGIA
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Template by:

Free Blog Templates